Kata Aluan Pengetua

KATA ALUAN PENGETUA

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan kepada saya untuk memberi ucapan aluan Perasmian Kelab Setia dan Pelancaran Laman Web Kelab Setia smk Jengka Pusat Tahun 2008 Kelab Setia SMKJP merupakan satu kelab yang menjadi alternatif kepada pelajar untuk memilih kelab sebagai memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum di sekolah disamping kelab dan persatuan yang lain. 


Meskipun kelab ini baru sahaja ditubuhkan , namun kegiatan yang dilaksanakan dalam kelab atau persatuan yang lain sebenarnya merupakan kegiatan atau aktiviti yang terkandung dalam hasrat dan falsafah Kelab Setia itu sendiri.


Kelab Setia merupakan wadah yang baru untuk pelajar berpersatuan atau kelab dan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti Kelab ini akan melahirkan generasi yang berwibawa, berjiwa besar, bersedia untuk menhadapi cabaran dan berjiwa patriotik dalam mempastikan negara ini akan terus mengecapi pembangunan dan kemajuan serta juga dihormati, disegani dan dikagumi oleh masyarakat antarabangsa. Tambahan pula halatuju dan falsafah Kelab Setia ini selaras dengan aspirasi Visi Sekolah iaitu SMKJP Cemerlang 2009.


Penubuhan Kelab Setia ini akan dijadikan sebagai model untuk membantu sekolah ini dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dari segi Kurikulum, kokurikulum , serta sahsiah diri
Perasmian Kelab Setia di peringkat sekolah ini menandakan kecaknaan pihak kerajaan khasnya Kementerian Penerangan Malaysia dan pihak jabatan pelajaran terhadap kepentingan remaja yang bakal menerajui tunggak kepimpinan Negara suatu hari nanti.


Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga SMKJP kerana bersama-sama berusaha untuk memperkasakan penubuhan kelab setia ini. Tidak Lupa juga kpeda Jabatan Penerangan Kuantan khususnya dari Penerangan Maran kerana bersama-sam mengembelengkan usaha murni ini bagi tujuan untuk melahirkan generasi yang mempunyai wardah yang cemerlang dalam semua aspek terutamanya melahirkan Masyarakat Madani. 


Kepada Jawatankuasa Kelab Setia yang bertungkus lumus , ucapan syabas dan tahniah. Semoga SMKJP akan terus unggul dalam semua aspek


GOOD LUCK KELAB SETIA " SMK JP CEMERLANG 2011”
 

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.